Sunday, March 15, 2015

Malam

           Kali pertama Nadia datang ke sini untuk makan malam. Itu pun sebab rakan-rakan sepengajian yang bersunggh-sungguh mengajak dia. Dia jenis orang yang tak suka sangat berjalan terutamanya waktu malam. Sebelum masuk ke university dulu, kebanyakkan masa pada waktu malam di habiskan di rumah sahaja. Kebetulan dia dapat kerja sementara sementara menunggu panggilan kemasukan universiti peringkat ijazah sebagai kerani. Waktu kekrja pun ikut waktu pejabat. Jadi paling lambat dia balik pun mungkin pukul 7 malam. Waktu sebelah malam adalah waktu untuk berehat atau keluar ke mana-mana pusat membeli belah bersama keluarga.

       “Tempat tu best Dya. Ada ramai orang” - Farah

            “Murah. Makanan sedap.” - Ana

            “Rugi tak cuba” - Lin

Kata-kata pujukan yang kawan-kawan dia guna. Dia pernah terbaca pasal komunikasi persuasif. Komunikasi untuk memujuk orang. Memang itulah yang kawan-kawan dia buat untuk pujuk dia ikut sama makan di situ. Setelah beberapa kali dipujuk, dirayu dengan muka bajet comel, Nadia akhirnya bersetuju. Kesian pulak tengok kawan-kawan dia. Lagipun bukannya selalu dia dapat keluar. 

Usai makan malam, mereka berempat bergerak menuju ke pusat karaoke. Lin dan Ana masing-masing mempunyai lesen memandu manakala Nadia dan Farah hanya menjadi penumpang. Mereka tidak dapat membawa kenderaan kerana peraturan universiti sendiri yang melarang para pelajar tahun satu dari membawa kenderaan jadi mereka menggunakan perkhidmatan sewa kereta yang terdapat di univerisiti. Malam masih muda. Esok tiada kelas. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Macam-macam lagu yang mereka nyanyikan. Bersungguh-sungguh. Siap buat drama bagai dalam bilik tu semata-mata untuk menghayati lagu yang dipilih. Macam-macam. Nadia yang pada mulanya enggan menyanyi pun dipaksa menyanyi. Amboi dorang ni. Mula-mula pujuk aku lepas tu paksa. Dia hanya layankan sahaja.

Dua jam masa yang ditempah untuk mereka berempat akhirnya tamat. Kereta diparkir agak jauh. Malam minggu. Memang kawasan macam ini akan penuh dengan kereta. Kereta sahaja kerana manusia yang menandu kereta semuanya sedang bersuka ria. Ada di pusat karaoke. Ada di pub kecil berhadapan dengan pusat hiburan karaoke. kedai makan (agak jauh dari tempat mereka) dan tidak kurang juga ke rumah tumpangan yang terdapat disekitar. Bersama pasangan serta agenda masing-masing. Warga Bandar. Mungkin beginilah kot kehidupan mereka.

Mereka berempat menuju ke kereta. Jauh jugak mereka terpaksa berjalan sebelum sampai tiba di tempat letak kereta. Nadia mula perasan yang telefon bimbitnya tidak ada di dalam handbag. Kali terakhir dia pegang ketika di dalam bilik karaoke tadi. Smartphone pertama yang dia ada. Entah bila lagi dia akan dapat tukar yang baru. Dia terlampau sayangkan handphone nya lalu dia ambil keputusan untuk kembali ke pusat karaoke tadi. nasibnya masih baik kerana salah seorang pekerja di pusat karaoke itu terjumpa telefon bimbitnya lalu disimpan untuk dipulangkan kepadanya apabila berkesempatan.

Dia kembali menuju ke kereta namun ada sesuatu yang pelik ketika dia berjalan. Serasa dia tak pakai pun jalan ini semasa balik ke pusat karaoke tadi. jalan yang dilalui kini adalah sebuah lorong gelap yang hanya terdapat beberapa tiang lampu malam. Melihat kepada keadaan di lorong itu, dia dapat agak yang dia berada di lorong belakang rumah kedai. Suasana tiba-tiba bertukar sunyi. Tidak ada lagi bunyi kereta lalu lalang. Tidak ada suara sumbang manusia yang menayanyi dari pusat akraoke tadi. yang ada hanyalah bunyi cengkerik dan angin malam yang kadang-kadang menggigit kulit. Dia mula risau. Sudahlah sekarang kes jenayah semakin meningkat.

Baru bergerak beberapa langkah, pandangan tertacap pada satu lembaga yang berada beberapa ratus kaki dari tempatnaya berdiri. Lampu-lampu yang sedia malap kian malap dan akhirnya terpadam. Nadia mengecilkan matanya untuk meneliti lembaga tersebut. Bukan yang itu. Dia manusia. Lelaki. Badannya membelakangi Nadia.

“Arghhhhhhhh” suara orang menjerit memenuhi di segenap lorong. Kuat tapi pendek sebelum kembali sunyi. Nadia tidak pasti dari mana datangnya suara itu. Tapi bunyinya kedengaran agak nyaring.

Dia memberanikan diri menghampiri lelaki tersebut. Perlahan sahaja langkahnya. Bunyi hentakan kaki hampir tidak kedengaran. Kakinya terhenti sewaktu berada kira-kira 10 langkah dari lelaki misteri itu. Lelaki itu sedang mencangkung sambil menghisap darah seorang wanita yang sudah pucah lesi. Hampir kehabisan darah. Lelaki itu memalingkan wajahnya menghadap Nadia. Pandangannya tajam. Keadaan yang gelap gelita menyukarkan Nadia untuk melihat lelaki misteri itu dengan jelas. Hanya mata sahaja yang dapat dia lihat. Anak matanya berwarna kuning keemasan. Bulu matanya lentik. Keningnya nipis. Kulit wajahnya licin. Putih. Cantik. Ada lelehan darah di bawah bibirnya. Nadia telan air liur. Kakinya terasa melekat di lantai. Tidak mampu digerakkan. Mulutnya seakan terkunci. Tidak dapat bersuara.

Lelaki itu menghampiri Nadia perlahan-lahan. Nadia hanya pasrah apabila melihat mayat wanita yang terbaring tadi. mungkin selepas ini adalah giliran dia. Dia takut, tapi matanya masih memerhati lelaki misteri itu. Ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu. Ada satu rasa yang aneh meresap ke dalam badannya. Darahnya dirasakan menyerbu di kepala tetapi dia tidak pengsan. Aneh. Tangan dan kakinya terasa kebas kerana lama tidak digerakkan. Pandangannya berpinar. Tetapi hanya sekejap sebelum kembali normal.

Kepala lelaki misteri itu sudah begitu hampir dengan leher Nadia yang sudah terkaku. Menanti untuk lelaki itu menghisap darahnya. Mungkin dia akan mati malam ini. Nadia terkejut saat dia terdengar suara seseorang menjerit memanggilnya. Lelaki misteri itu berundur beberapa tapak. Tersenyum bersama pandangan yang lembut tetapi tegas sebelum beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Sesaat dapat Nadia rasakan seluruh anggota longgar. Segala rasa kebas hilang. Dia pandang sekeliling. Lampu jalan kembali terang. Cuma jalan serta suasana agak berlainan dari tadi. Diia mencari mayat perempuan tadi. Tiada. Hanya lopak  jalan sahaja. Nadia pusing meghadap lelaki yang semakin menghampirinya.

“Awak tak apa-apa?” lelaki yang pulangkan telefon bimbitnya tadi menegur.

Geleng. Nadia menoleh ke belakang sesaat. “Awak teman saya pergi kereta boleh?”

Lelaki itu hanya mengangguk.


‘Kumpulkan sebanyak mungkin’ Nadia senyum menampakkan dua batang taring yang terselindung tadi.

No comments:

Post a Comment