Friday, October 16, 2015

Achik

Aku scroll gambar gallery. Satu persatu wajah di dalam gambar aku pandang. Gambar pertama gambar adik bongsuku, Afif yang berusia 8 tahun. Dia paling manja dengan aku. Setiap kali cuti sekolah aku akan bawa dia pergi jalan-jalan keliling kampung naik motor. Suka betul dia berjalan naik motor. Kadang-kadang dia suruh aku bawa laju-laju walaupun aku tak berani sangat pernah juga lah aku cuba laju dari biasa. Itu pun lepas dah pastikan keadaan jalan raya clear. Aku suka cari gaduh dengan dia setiap kali dia nak tengok TV. Kadang-kadang aku takdelah nak tengok sangat cerita tu, tapi sebab dengki dengan dia punya pasal, aku cakap aku nak tengok cerita aku. Jahat juga aku ni. hehehe

Gambar seterusnya gambar adik lelaki aku yang bawah aku. Haikal nama dia. Umur dia 12 tahun. Dia pandai melukis. Pernah sekali tu dia lukis gambar kartun apa-tah. Aku pun tak kenal sangat sebab aku dah jarang tengok cerita kartun. Dia cakap itu cerita Digimon. Masa aku kecil dulu pun aku jarang tengok cerita tu. Aku ni perempuan. Manalah nak layan sangat cerita kartun yang peminat tegarnya budak lelaki. Gambar seterusnya gambar aku pegang kertas yang ada gambar beberapa watak dalam cerita Dragon Ball. Haikal yang lukis. Masa birthday aku tahun lepas dia hadiahkan aku lukisan ini. Walaupun tak berapa kemas tapi aku rasa terharu dan gembira sangat sebab itu hasil tangan dia sendiri. Dulu aku pernah bagi tahu dia yang aku minat sangat tengok cerita Dragon Ball masa aku kecik-kecik dulu. Mungkin dia rasa itu je kot hadiah yang dia boleh beri pada aku walaupun aku tak pernah mengharapkan apa-apa pun daripada dia. Satu lagi gambar aku dengan dia yang diambil beberapa minggu yang lepas. Gambar tu gambar kami tengah mendongak pandang ke tepi. Acah-acah candid la kononnya. Sebenarnya bukan. Masa tu aku dan dia dah stand by nak ambil gambar. Disebabkan kami ber we-fie aku pun set lah timer. Masa dah nak sampai masa tu tiba-tiba mak panggil dan muncul depan kami berdua. Disebabkan terkejut kami pun pandanglah mak. Tengok-tengok gambar tu dah pun di-snap. Walaupun mata Haikal tengah pandang tempat lain, dia tetap senyum. Muka dia nampak manis sebab dia suka senyum dan selalu gembira. Antara adik beradik aku yang paling ceria dan dia jugaklah antara orang yang suka sakat aku. Semua benda aku buat, ada je idea dia nak sakat aku. Panjang akal betul budak ni. Setiap hari tak pernah miss nak sakat aku. Kadang-kadang ada lah jugak rasa sakit hati tapi bagi aku, itulah hiburan aku setiap hari. Pernah masa tu dia tidur rumah mak cik aku kat kampung. 2 hari dia takde rasa sunyi je. Mana taknya, dia tulah pakar huru hara dalam rumah. Bila takde orang sakat aku, rasa macam tak lengkap pulak hidup ini.

Seterusnya gambar ibu dan ayah. Antara ibu dengan ayah, aku paling rapat dengan ayah sebab ayah rajin melayan kerenah aku. Bukan aku nak kata aku tak sayangkan ibu. Cuma kalau nak dibadingkan antara ibu dengan ayah, aku lebih sayangkan ayah. Ibu suri rumah tapi sejak kebelakangan ni dah mula rajin jadi agen dropship. Mungkin dia pun bosan duduk rumah walaupun adik ada sekali dalam rumah. Ayah pun dah izinkan. Walaupun aku lebih sayangkan ayah daripada ibu, aku lebih suka cerita masalah dekat ibu. Mungkin sebab ibu dan aku sama-sama perempuan jadi aku fikir dia lebih mudah faham apa yang aku rasa. Jadi, hampir semuanya rahsia aku ceritakan pada ibu. Ibu pun tak kesah sebab dia tahu yang aku ni dah semakin meningkat dewasa. Setiap kali aku stress ibu kerap bagi kata-kata semangat. Kadang-kadang tu dia masak makanan kegemaran aku. Asam pedas. Setakat hari ni aku tak jumpa lagi asam pedas yang boleh lawan asam pedas. Dia punya pekat tu, perghh meleleh air liur. Aku tak pandai sangat memasak, jadi bila aku teringin nak makan sesuatu aku akan beritahu ibu. Walaupun kadang-kadang ibu malas nak masak sebab aku minta tak kena timing lebih-lebih lagi masa dia tengah layan drama korea, selalunya lepas habis cerita tu dia akan masakkan juga. Bila tak cukup bahan nak buat, aku yang akan pergi kedai beli bahan-bahan tu. Dah aku yang nak sangat benda tu kan. Ibu tak pernah buat aku kecewa dengan masakan dia. Sebab itulah aku jarang pergi makan kat luar. Keluarga aku pun jarang makan dekat luar. Salah satu faktornya mungkin nak jimat tapi bila fikir-fikir balik. Buat apa membazir duit pergi ke restoran mahal yang ada tukang masak yang kononnya hebat memasak kalau dekat rumah dah ada ahli keluarga yang sangat berbakat dalam masakan? Siapa lagi kalau bukan ibu? Kadang-kadang ibu akan ajak aku pergi shopping. Aku ni anak perempuan yang masih tinggal di rumah. Jadi semua benda yang perempuan biasa buat bersama aku dan ibu pun buat. Ayah adalah superdad. Kalau aku ada masalah dengan projek kemahiran hidup aku atau hal-hal yang berkaitan dengan pengangkutan ayah yang akan tolong. Pernah masa aku form 2, aku kena buat satu projek untuk mata pelajaran kemahiran hidup. Aku ni bukannya pandai sangat bertukang ni semua. Ayah yang tolong ajar aku. Bila hujung minggu jarang nampak ayah duduk diam. Ada je benda dia yang buat. Bersihkan kipaslah. Cuci kereta lah. Betulkan syiling lah. Servis motor lah. Tak pun kami semua akan pergi jalan-jalan satu keluarga. Bila keluar sekali dengan ayah, jarang aku tak dapat apa yang aku nak. Boleh je aku nak minta ibu, tapi ibu banyak syarat. Bila minta kat ayah kemain senang nak dapat. Walaupun aku masih sekolah, ayah kadang-kadang layan aku ni macam kawan dia. Ayah peminat tegar Johnny Depp. Asal ada movie baru pelakon itu je aku orang pertama yang ayah akan ajak. Kenapa aku jadi orang pertama diajak? Sebab aku pun peminat tegar Johnny Depp. Anak bapak lah katakan. Tapi ada satu je yang aku tak sama dengan ayah. Bola. Aku tak rajin sangat layan bola ni. Jadi bila ayah nak tengok bola, orang pertama dia akan ajak angah.

Angah ni abang lelaki aku. Pandai. Rajin pulak tu. Dia pandai masak. Kadang-kadang aku cemburu dengan kelebihan yang dia ada. Tapi setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan dia sendiri. Sebab itulah manusia ni dijadikan untuk saling melengkapi. Lama-lama tenung gambar dia baru aku perasan yang handsome jugak angah ni. Patut la kawan-kawan aku kadang-kadang separuh gila bila tengok abang aku. Jarang aku puji dia handsome. Biasalah, manusia ni ego tinggi melangit. Lagipun angah aku tu cepat perasan lah kalau orang puji dia. Daripada aku menimbulkan riak lagi ujub dalam hati dia, elok lah aku tak puji dia depan-depan. Walaupun dia ni jenis lebih kurang macam Haikal yang suka sakat aku, dia antara orang yang tak pernah kata tak setiap kali aku minta tolong. Pernah dulu masa kecil-kecil aku balik mengaji waktu malam sorang-sorang sebab budak yang biasa aku pergi sama-sama tak sihat, angah kenakan aku. Kuat jugak lah aku menjerit masa tu. Tapi lepas tu dia kena marah dengan ibu dan ayah. Padan muka. Siapa suruh kacau orang. Pernah beberapa bulan lepas aku kena period pain. Ibu, ayah, Haikal dan adik takde kat rumah masa tu sebab pergi rumah makcik aku yang tinggal kat hujung kampung. Ubat Panadol takde masa tu jadi aku pun tak tahu nak minta tolong siapa. Mula-mula tu aku tak sampai hati nak minta tolong angah sebab dia baru balik kerja jadi dia mesti penat. Tapi lepas dia sendiri tengok muka aku pucat kemain, dia sendiri yang offer pergi kedai belikan ubat. Lepas tu dia tolong masak untuk aku sebab ibu belum balik lagi dan makanan pula takde. Hantu-hantu dia pun, dia perihatin juga dia dekat adik dia yang sorang ni.

Along pula kakak aku yang sulung. Umur dia 23 tahun. Baru je habis belajar. Tunggu masa nak konvo je. Aku sebenarnya tak berapa rapat sangat dengan along. Sebab dia dari sekolah lagi dia dah duduk asrama. Jadi dia kurang luangkan masa dengan aku. Selalu lah juga aku cerita masalah perempuan aku dengan dia. Tapi tak sekerap aku cerita dengan ibulah. Tapi along pun baik dengan aku. Bila dia cuti, aku lebih suka minta tolong along untuk ajar aku. Lebih-lebih lagi bila PT3 dah semakin hampir ni. Kebetulan angah baru je sambung belajar peringkat matrikulasi dan jarang balik rumah. Dia pula dah habis belajar. Senang lah nak minta tolong. Selalunya kalau minta tolong bab-bab mengajar ni along tak pernah berkira sangat. Kadang-kadang dia sendiri yang tanya kalau-kalau aku ada nak tanya apa-apa pasal belajar. Mungkin dia nak tengok adik dia pun berjaya juga.

Aku letak selipar di rak kasut yang di bahagian tengah daripada 6 bahagian yang dibahagi dua. Kasut tersusun rapi terutamanya rak along. Dia paling pantang kalau orang bersepahkan barang dia. Bahagian adik dan Haikal agak messy sebab mereka campur tempat letak kasut. Selalu juga along tegur supaya susun kasut elok-elok. Tapi budak-budak, mana nak dengar sangat cakap orang tua. Angah punya bahagian sama macam tuan dia. Kemas lagi segak. Hahaha. Kan aku dah cakap tadi angah ni rajin. Jadi serba serbi lah dia rajin termasuklah benda yang remeh temeh. Kasut-kasut ibu yang saiznya lebih kurang aku diletak dibahagian atas sekali. Cantik-cantik kasut ibu. Ibu ni boleh tahan juga taste dia. Dia jarang beli kasut, tapi kalau beli tak pernahnya yang murah. Kasut ayah walaupun tak secantik kasut ibu tetap disusun dengan kemas.

Perlahan-lahan aku buka pintu rumah. Rumah yang dulunya penuh dengan suara gelak tawa kini sunyi sepi. Selama 15 tahun aku membesar di dalam rumah ini. Banyak kenangan yang terlampau sukar untuk aku lupakan. Selalunya bila buka pintu rumah aka nada satu bau yang buat kita kenal itu rumah kita dan buat kita rasa rindu dengan rumah. Aku pandang sofa L di ruang tamu. Angah yang akan conquer kerusi tu sebab dia suka tidur atas kerusi. Dah selalu sangat mak tegur tidur dalam bilik. Atas sofa yang tak berapa nak empuk sangat tulah yang dia suka sangat tidur. Tapi lepas angah sambung belajar, Haikal pula yang take over tidur dekat situ. Abang dengan adik sama je. Aku duduk di atas sofa itu dan perlahan-lahan aku baring mengiring seperti posisi yang selalu angah dan Haikal baring. Masih ada bau badan angah sebab kelmarin angah balik cuti dan tidur atas sofa lagi. Lama aku baring. Mata aku pejam sambil membayangkan angah dan Haikal yang boleh tidur lena atas sofa ni. Aku pandang pula tv LG 32 inci di hadapan. TV yang selalunya di conquer oleh adik sebab nak tengok cerita kartun. Sekali dia dah tengok TV, susah orang lain nak tengok. Selalu jugak lah aku bergaduh dengan adik sebab berebut remorte ASTRO. Dia tak habis-habis nak tengok cerita kartun. kalau kartun zaman aku budak-budak dulu yang dia tengok takpelah juga. Boleh aku join sekaki. Ini cerita entah-apa-apa yang dia tengok. Tak menarik langsung. Aku capai remorte TV dan ASTRO. Siaran 637 terpancar yang menayangkan cerita yang diberi tajuk slugtera. Aku ambil satu bantal yang biasanya akan dipegang oleh adik sambil menonton TV. Aku tenung kaca TV lama-lama sambil membayangkan adik yang bersemangat tengok cerita kartun. kadang-kadang dia tergelak. Entah apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu. TV ditutup. Bantal diletakkan ketepi. Perut yang tidak menjamah apa-apa makanan sejak pagi berbunyi kuat.

Aku pergi ke dapur. Tudung saji aku buka tapi tiada makanan. Aku duduk di kerusi sambil merenung ke hadapan sinki. Ternampak ibu yang sedang menyiang ikan. Dia pergi ke meja dan duduk dihadapanku lalu memotong sayur. Dia pergi ke hadapan dapur dan mula memasak. Aku dapat bau lauk asam pedas yang ibu masak. Aku menikmati bau itu sambil memejam mata. Sedapnya bau dia. Aku bercakap dalam hati. Aku buka mata dan ibu sudah tiada tetapi diganti dengan bayangan ayah yang sedang duduk di sebelah aku sambil membaca surat khabar. Ada air kopi yang masih berasap di hadapannya. Mukanya tampak serius membaca berita-berita terkini yang ditulis di dada akhbar. Sekejapan dia berhenti dan mengambil cawan dan meminum air kopi sedikit selepas meniup beberapa kali. Sesekali dia mengeluh pendek seolah melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir orang. Aku suka tengok ayah senyum bila di abaca bahagian belakang surat khabar yang membicarakan isu berkaitan dengan sukan. Adalah tu berita pasal pasukan bola kegemaran dia. Lama juga aku teman ayah sehingga ayah habis minum kopi. Surat khabar diletak di atas meja. Aku perhatikan pergerakan surat khabar itu dan bila aku dongak mencari ayah, bayangan ayah sudah tiada. Surat khabar tadi turut hilang.

Perlahan-lahan aku bawa kaki aku ke bilik aku dan along. Sekarang ini masih dalam minggu peperiksaan. Ada beberapa benda yang aku musykil dan perlukan pertolongan along. Aku ketuk pintu bilik. Walaupun bilik ini bilik aku juga, along tidak suka orang masuk sesuka hati. Dia kata sekurang-kurang ketuk pintu sebelum masuk. Aku duduk di hadapan meja solek yang baru setahun lebih ayah beli. Barang-barang solek di atas meja kepunyaan along sebab along lebih gemar bersolek berbanding dengan aku. Selain lasak dan malas, bersolek bukan benda yang aku suka. Sangat-sangat berbeza dengan along yang lebih feminim dan rajin. Pernah juga lah aku bersolek. Itupun sebab along yang suruh dan dia sudi untuk solekkan aku. Memandangkan aku takde benda mustahak yang perlu dibuat jadi aku layankan aje permintaan along. Aku tenung cermin di hadapan. Ternampak along yang sedang tersenyum sambil memegang bedak dan berus. Dia suruh aku pejam mata. Perlahan-lahan aku dapat rasakan berus yang along pegang tadi menyentuh pipi aku. Terdengar dia cakap yang aku ni sebenarnya cantik kalau aku jaga penampilan. Aku hanya tersenyum mendengar pujian along. Along memang suka puji aku cantik. Seolah-olah adik dia ni adalah manusia paling cantik dalam dunia ni. Sapuan berus hilang. Aku buka mata dan along sudah pun tiada. Aku sapu muka namun tiada bekas bedak yang disapu di muka.


Aku pergi ke meja belajar yang kini sudah menjadi milik aku semenjak along melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beberapa buah buku teks dan buku nota yang berselerak di atas meja. Aku kemas buku-buku itu kerana bimbang along akan membebel. Siap. Kemas. Aku pandang frame gambar keluarga yang aku bingkaikan yang terletak di bahagian penjuru kiri meja belajar. Aku amati satu persatu gambar yang diambil beberapa bulan lepas semasa kami sekeluarga pergi bercuti di langkawi. Aku bawa frame ke katil dan baring tanpa mata sekalipun dilarikan dari memandang gambar. Perlahan-lahan air mata aku tumpah. Ayah. Ibu. Along. Angah. Haikal. Adik. Aku dakap frame itu kuat-kuat. Satu persatu nama panggilan aku sebut bila tiba-tiba air mata aku tumpah. Kenapa pergi dulu? Achik rindukan korang semua. Kenapa tinggalkan Achik sorang-sorang dekat sini? Kenapa tak ajak Achik ikut korang semua sekali? Sampai hati korang semua buat Achik macam ni. Achik dah takde sape-sape dah. Siapa lagi tempat untuk Achik bergantung? Kenapa seksa perasaan Achik? Tolong lah. Achik tak kuat ni. Kalau lah semalam Achik ikut korang semua pergi rumah mak uda. Achik takkan berada kat sini lagi sekarang ni. Mesti Achik dah bersama dengan korang semua kan di sana? Baru dua hari korang takde. Achik dah rindu separuh mati ni. Penat Achik menangis semalam. Banyak kali Achik pitam. Beribu-ribu kali Achik panggil nama korang semua tapi korang langsung tak balas. Korang hanya terbaring kaku kat situ masa Achik tengah cam mayat korang semua yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Sekali je Achik tolak ajakan korang untuk berjalan. Sekelip mata korang semua tinggalkan Achik seorang diri terkontang kanting di sini. Ibu. Achik rindukan belaian dan kata-kata semangat ibu. Achik tak kuat bu. Ayah. Kenapa kali ni ayah tak bagi apa yang Achik nak? Satu je Achik minta. Tolong lah balik. Achik rindukan ayah. Abang.. Haikal. Achik rinddu nak kena sakat dengan korang. Walaupun sebelum ni Achik mudah mengamuk kalau korang sakat Achik. Achik janji kalau korang balik, Achik takkan sesekali marahkan korang. Sakatlah Achik lagi. Achik nak tengok korang berdua ketawa bila Achik kena sakat dengan korang. Adik. Achik janji kalau adik balik Achik akan bagi adik tengok semua cerita yang adik suka. Achik takkan bergaduh berebut remorte dengan adik lagi lepas ni. Adik tengoklah TV puas-puas. Yang penting adik ada dekat sini. Along. along cantik sangat. Achik tahu Achik tak pernah puji along depan-depan. Tapi tolong lah bagi Achik peluang untuk Achik puji along. Achik teringin sangat nak tengok reaksi muka along bila dengar Achik puji along. Kenapa semua tak menyahut? Tolong lah cakap dengan Achik. Achik rindukan korang semua. Dan perlahan-lahan pandangan aku gelap.

Wednesday, October 14, 2015

obsesi

Certot ni aku buat masa aku acah-acah nak join contest FIXI. Mungkin aku belum cukup berbakat untuk buat cerita kot.

Dia tunjukkan satu status yang dimuatnaik oleh FIXI mengenai petandingan certotFixi kepada aku.

“Kenapa?”

“Okay hat ni aku mesti join”

“Bukan selalunya kau memang akan join ke?”

“Kali ni aku mesti boleh menang.”

“Kau ingat cerita kau best? Duhh~~”

“Tak cuba tak tahu. Duhh~~”

“Cuba buat sana. Nanti bagi aku baca.”

10 minit kemudian…

“Ha siap!”

“Bak sini! Emm… okay. Boleh lah. Dah boleh submit.”

“Kan aku dah kata cerita aku best.“

“Aku kata okay je. Takde pun aku cakap best.”

“Okay nak buat lagi.”

“Gila ke apa nak hantar banyak-banyak?”

“Hantar banyak-banyak chances untuk menang tinggi.”

“Yakin habis judgers nak pilih cerita kau.”

“Aku kasi depa pilihan banyak kan. Mesti ada yang sangkut”

Sejak aku bagi cadangan supaya dia masuk pertandingan certotFixi dulu, dia jadi macam ni. Bukan nak mengutuk kawan sendiri tapi cerita-cerita yang dia buat tu bukannya best pun. Dah banyak kali dia masuk pertandingan tu tapi tak pernah menang. Aku sebagai kawan ni tak sanggup nak hancurkan harapan seorang kawan yang bersungguh-sungguh perah otak cari idea untuk buat certot tu. Kalau jujur sangat nanti dia kecewa.

Petang tu aku tanya berapa banyak cerita yang dia submit kepada FIXI.

Dengan muka bangga dia jawab “5”.

Sunday, October 11, 2015

sudah dikata jangan kan??

Aku pernah tanya sepupu aku satu soalan, "Kalau kau nampak satu folder yang bernama 'DON'T OPEN IT', kau akan buka juga?"

"Mesti la aku nak buka."

"Kenapa? Dah sah-sah situ tulis jangan buka."

"Sebab... Bila orang kata 'takboleh', kita lagi rasa nak buka."

"Curiosity killed the cat."

Manusia ni penuh dengan perasaan curiosity terhadap sesuatu. Bila kita kata jangan, yang itulah yang dibuat. Walaupun sesetengah orang akan patuh dengan perasaan 'jangan' tu, perasaan ingin tahu kenapa dikata 'jangan' itu lebih menebal. 'Jangan' seseorang itu bersebab. Mereka lebih arif tentang sesuatu itu berbanding kita yang baru setahun jagung mengenali dunia. Banyak lagi kita tak tahu. Perasaan curiosity ini boleh jadi baik dan boleh jadi tak baik.  Baik curiosity nya bila kita abaikan perkataan 'jangan' dan cuba untuk explore makna di sebalik 'jangan' itu. Benda ini secara tak langsung mendedahkan kita apa hikmah atau kebukuran di sebalik tindakan kita  dalam masa yang sama membantu kita untuk lebih mengenali diri kita sendiri.  Tidak baiknya curiosity ini bila kita cuba untuk explore tapi kita tak mampu untuk mengawal diri kita lagi untuk berbuat sesuatu lagi selepas itu. Tidak mampu mengawal diri, sekiranya mampu mendatangkan faedah kepada kita takpe. Macam mana kalau kita tak dapat nak kawal diri kita tapi kita akan drag orang lain disekeliling kita sekali dan menyusahkan mereka? Whatever it is, experience is the best knowledge.