Friday, October 16, 2015

Achik

Aku scroll gambar gallery. Satu persatu wajah di dalam gambar aku pandang. Gambar pertama gambar adik bongsuku, Afif yang berusia 8 tahun. Dia paling manja dengan aku. Setiap kali cuti sekolah aku akan bawa dia pergi jalan-jalan keliling kampung naik motor. Suka betul dia berjalan naik motor. Kadang-kadang dia suruh aku bawa laju-laju walaupun aku tak berani sangat pernah juga lah aku cuba laju dari biasa. Itu pun lepas dah pastikan keadaan jalan raya clear. Aku suka cari gaduh dengan dia setiap kali dia nak tengok TV. Kadang-kadang aku takdelah nak tengok sangat cerita tu, tapi sebab dengki dengan dia punya pasal, aku cakap aku nak tengok cerita aku. Jahat juga aku ni. hehehe

Gambar seterusnya gambar adik lelaki aku yang bawah aku. Haikal nama dia. Umur dia 12 tahun. Dia pandai melukis. Pernah sekali tu dia lukis gambar kartun apa-tah. Aku pun tak kenal sangat sebab aku dah jarang tengok cerita kartun. Dia cakap itu cerita Digimon. Masa aku kecil dulu pun aku jarang tengok cerita tu. Aku ni perempuan. Manalah nak layan sangat cerita kartun yang peminat tegarnya budak lelaki. Gambar seterusnya gambar aku pegang kertas yang ada gambar beberapa watak dalam cerita Dragon Ball. Haikal yang lukis. Masa birthday aku tahun lepas dia hadiahkan aku lukisan ini. Walaupun tak berapa kemas tapi aku rasa terharu dan gembira sangat sebab itu hasil tangan dia sendiri. Dulu aku pernah bagi tahu dia yang aku minat sangat tengok cerita Dragon Ball masa aku kecik-kecik dulu. Mungkin dia rasa itu je kot hadiah yang dia boleh beri pada aku walaupun aku tak pernah mengharapkan apa-apa pun daripada dia. Satu lagi gambar aku dengan dia yang diambil beberapa minggu yang lepas. Gambar tu gambar kami tengah mendongak pandang ke tepi. Acah-acah candid la kononnya. Sebenarnya bukan. Masa tu aku dan dia dah stand by nak ambil gambar. Disebabkan kami ber we-fie aku pun set lah timer. Masa dah nak sampai masa tu tiba-tiba mak panggil dan muncul depan kami berdua. Disebabkan terkejut kami pun pandanglah mak. Tengok-tengok gambar tu dah pun di-snap. Walaupun mata Haikal tengah pandang tempat lain, dia tetap senyum. Muka dia nampak manis sebab dia suka senyum dan selalu gembira. Antara adik beradik aku yang paling ceria dan dia jugaklah antara orang yang suka sakat aku. Semua benda aku buat, ada je idea dia nak sakat aku. Panjang akal betul budak ni. Setiap hari tak pernah miss nak sakat aku. Kadang-kadang ada lah jugak rasa sakit hati tapi bagi aku, itulah hiburan aku setiap hari. Pernah masa tu dia tidur rumah mak cik aku kat kampung. 2 hari dia takde rasa sunyi je. Mana taknya, dia tulah pakar huru hara dalam rumah. Bila takde orang sakat aku, rasa macam tak lengkap pulak hidup ini.

Seterusnya gambar ibu dan ayah. Antara ibu dengan ayah, aku paling rapat dengan ayah sebab ayah rajin melayan kerenah aku. Bukan aku nak kata aku tak sayangkan ibu. Cuma kalau nak dibadingkan antara ibu dengan ayah, aku lebih sayangkan ayah. Ibu suri rumah tapi sejak kebelakangan ni dah mula rajin jadi agen dropship. Mungkin dia pun bosan duduk rumah walaupun adik ada sekali dalam rumah. Ayah pun dah izinkan. Walaupun aku lebih sayangkan ayah daripada ibu, aku lebih suka cerita masalah dekat ibu. Mungkin sebab ibu dan aku sama-sama perempuan jadi aku fikir dia lebih mudah faham apa yang aku rasa. Jadi, hampir semuanya rahsia aku ceritakan pada ibu. Ibu pun tak kesah sebab dia tahu yang aku ni dah semakin meningkat dewasa. Setiap kali aku stress ibu kerap bagi kata-kata semangat. Kadang-kadang tu dia masak makanan kegemaran aku. Asam pedas. Setakat hari ni aku tak jumpa lagi asam pedas yang boleh lawan asam pedas. Dia punya pekat tu, perghh meleleh air liur. Aku tak pandai sangat memasak, jadi bila aku teringin nak makan sesuatu aku akan beritahu ibu. Walaupun kadang-kadang ibu malas nak masak sebab aku minta tak kena timing lebih-lebih lagi masa dia tengah layan drama korea, selalunya lepas habis cerita tu dia akan masakkan juga. Bila tak cukup bahan nak buat, aku yang akan pergi kedai beli bahan-bahan tu. Dah aku yang nak sangat benda tu kan. Ibu tak pernah buat aku kecewa dengan masakan dia. Sebab itulah aku jarang pergi makan kat luar. Keluarga aku pun jarang makan dekat luar. Salah satu faktornya mungkin nak jimat tapi bila fikir-fikir balik. Buat apa membazir duit pergi ke restoran mahal yang ada tukang masak yang kononnya hebat memasak kalau dekat rumah dah ada ahli keluarga yang sangat berbakat dalam masakan? Siapa lagi kalau bukan ibu? Kadang-kadang ibu akan ajak aku pergi shopping. Aku ni anak perempuan yang masih tinggal di rumah. Jadi semua benda yang perempuan biasa buat bersama aku dan ibu pun buat. Ayah adalah superdad. Kalau aku ada masalah dengan projek kemahiran hidup aku atau hal-hal yang berkaitan dengan pengangkutan ayah yang akan tolong. Pernah masa aku form 2, aku kena buat satu projek untuk mata pelajaran kemahiran hidup. Aku ni bukannya pandai sangat bertukang ni semua. Ayah yang tolong ajar aku. Bila hujung minggu jarang nampak ayah duduk diam. Ada je benda dia yang buat. Bersihkan kipaslah. Cuci kereta lah. Betulkan syiling lah. Servis motor lah. Tak pun kami semua akan pergi jalan-jalan satu keluarga. Bila keluar sekali dengan ayah, jarang aku tak dapat apa yang aku nak. Boleh je aku nak minta ibu, tapi ibu banyak syarat. Bila minta kat ayah kemain senang nak dapat. Walaupun aku masih sekolah, ayah kadang-kadang layan aku ni macam kawan dia. Ayah peminat tegar Johnny Depp. Asal ada movie baru pelakon itu je aku orang pertama yang ayah akan ajak. Kenapa aku jadi orang pertama diajak? Sebab aku pun peminat tegar Johnny Depp. Anak bapak lah katakan. Tapi ada satu je yang aku tak sama dengan ayah. Bola. Aku tak rajin sangat layan bola ni. Jadi bila ayah nak tengok bola, orang pertama dia akan ajak angah.

Angah ni abang lelaki aku. Pandai. Rajin pulak tu. Dia pandai masak. Kadang-kadang aku cemburu dengan kelebihan yang dia ada. Tapi setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan dia sendiri. Sebab itulah manusia ni dijadikan untuk saling melengkapi. Lama-lama tenung gambar dia baru aku perasan yang handsome jugak angah ni. Patut la kawan-kawan aku kadang-kadang separuh gila bila tengok abang aku. Jarang aku puji dia handsome. Biasalah, manusia ni ego tinggi melangit. Lagipun angah aku tu cepat perasan lah kalau orang puji dia. Daripada aku menimbulkan riak lagi ujub dalam hati dia, elok lah aku tak puji dia depan-depan. Walaupun dia ni jenis lebih kurang macam Haikal yang suka sakat aku, dia antara orang yang tak pernah kata tak setiap kali aku minta tolong. Pernah dulu masa kecil-kecil aku balik mengaji waktu malam sorang-sorang sebab budak yang biasa aku pergi sama-sama tak sihat, angah kenakan aku. Kuat jugak lah aku menjerit masa tu. Tapi lepas tu dia kena marah dengan ibu dan ayah. Padan muka. Siapa suruh kacau orang. Pernah beberapa bulan lepas aku kena period pain. Ibu, ayah, Haikal dan adik takde kat rumah masa tu sebab pergi rumah makcik aku yang tinggal kat hujung kampung. Ubat Panadol takde masa tu jadi aku pun tak tahu nak minta tolong siapa. Mula-mula tu aku tak sampai hati nak minta tolong angah sebab dia baru balik kerja jadi dia mesti penat. Tapi lepas dia sendiri tengok muka aku pucat kemain, dia sendiri yang offer pergi kedai belikan ubat. Lepas tu dia tolong masak untuk aku sebab ibu belum balik lagi dan makanan pula takde. Hantu-hantu dia pun, dia perihatin juga dia dekat adik dia yang sorang ni.

Along pula kakak aku yang sulung. Umur dia 23 tahun. Baru je habis belajar. Tunggu masa nak konvo je. Aku sebenarnya tak berapa rapat sangat dengan along. Sebab dia dari sekolah lagi dia dah duduk asrama. Jadi dia kurang luangkan masa dengan aku. Selalu lah juga aku cerita masalah perempuan aku dengan dia. Tapi tak sekerap aku cerita dengan ibulah. Tapi along pun baik dengan aku. Bila dia cuti, aku lebih suka minta tolong along untuk ajar aku. Lebih-lebih lagi bila PT3 dah semakin hampir ni. Kebetulan angah baru je sambung belajar peringkat matrikulasi dan jarang balik rumah. Dia pula dah habis belajar. Senang lah nak minta tolong. Selalunya kalau minta tolong bab-bab mengajar ni along tak pernah berkira sangat. Kadang-kadang dia sendiri yang tanya kalau-kalau aku ada nak tanya apa-apa pasal belajar. Mungkin dia nak tengok adik dia pun berjaya juga.

Aku letak selipar di rak kasut yang di bahagian tengah daripada 6 bahagian yang dibahagi dua. Kasut tersusun rapi terutamanya rak along. Dia paling pantang kalau orang bersepahkan barang dia. Bahagian adik dan Haikal agak messy sebab mereka campur tempat letak kasut. Selalu juga along tegur supaya susun kasut elok-elok. Tapi budak-budak, mana nak dengar sangat cakap orang tua. Angah punya bahagian sama macam tuan dia. Kemas lagi segak. Hahaha. Kan aku dah cakap tadi angah ni rajin. Jadi serba serbi lah dia rajin termasuklah benda yang remeh temeh. Kasut-kasut ibu yang saiznya lebih kurang aku diletak dibahagian atas sekali. Cantik-cantik kasut ibu. Ibu ni boleh tahan juga taste dia. Dia jarang beli kasut, tapi kalau beli tak pernahnya yang murah. Kasut ayah walaupun tak secantik kasut ibu tetap disusun dengan kemas.

Perlahan-lahan aku buka pintu rumah. Rumah yang dulunya penuh dengan suara gelak tawa kini sunyi sepi. Selama 15 tahun aku membesar di dalam rumah ini. Banyak kenangan yang terlampau sukar untuk aku lupakan. Selalunya bila buka pintu rumah aka nada satu bau yang buat kita kenal itu rumah kita dan buat kita rasa rindu dengan rumah. Aku pandang sofa L di ruang tamu. Angah yang akan conquer kerusi tu sebab dia suka tidur atas kerusi. Dah selalu sangat mak tegur tidur dalam bilik. Atas sofa yang tak berapa nak empuk sangat tulah yang dia suka sangat tidur. Tapi lepas angah sambung belajar, Haikal pula yang take over tidur dekat situ. Abang dengan adik sama je. Aku duduk di atas sofa itu dan perlahan-lahan aku baring mengiring seperti posisi yang selalu angah dan Haikal baring. Masih ada bau badan angah sebab kelmarin angah balik cuti dan tidur atas sofa lagi. Lama aku baring. Mata aku pejam sambil membayangkan angah dan Haikal yang boleh tidur lena atas sofa ni. Aku pandang pula tv LG 32 inci di hadapan. TV yang selalunya di conquer oleh adik sebab nak tengok cerita kartun. Sekali dia dah tengok TV, susah orang lain nak tengok. Selalu jugak lah aku bergaduh dengan adik sebab berebut remorte ASTRO. Dia tak habis-habis nak tengok cerita kartun. kalau kartun zaman aku budak-budak dulu yang dia tengok takpelah juga. Boleh aku join sekaki. Ini cerita entah-apa-apa yang dia tengok. Tak menarik langsung. Aku capai remorte TV dan ASTRO. Siaran 637 terpancar yang menayangkan cerita yang diberi tajuk slugtera. Aku ambil satu bantal yang biasanya akan dipegang oleh adik sambil menonton TV. Aku tenung kaca TV lama-lama sambil membayangkan adik yang bersemangat tengok cerita kartun. kadang-kadang dia tergelak. Entah apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu. TV ditutup. Bantal diletakkan ketepi. Perut yang tidak menjamah apa-apa makanan sejak pagi berbunyi kuat.

Aku pergi ke dapur. Tudung saji aku buka tapi tiada makanan. Aku duduk di kerusi sambil merenung ke hadapan sinki. Ternampak ibu yang sedang menyiang ikan. Dia pergi ke meja dan duduk dihadapanku lalu memotong sayur. Dia pergi ke hadapan dapur dan mula memasak. Aku dapat bau lauk asam pedas yang ibu masak. Aku menikmati bau itu sambil memejam mata. Sedapnya bau dia. Aku bercakap dalam hati. Aku buka mata dan ibu sudah tiada tetapi diganti dengan bayangan ayah yang sedang duduk di sebelah aku sambil membaca surat khabar. Ada air kopi yang masih berasap di hadapannya. Mukanya tampak serius membaca berita-berita terkini yang ditulis di dada akhbar. Sekejapan dia berhenti dan mengambil cawan dan meminum air kopi sedikit selepas meniup beberapa kali. Sesekali dia mengeluh pendek seolah melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir orang. Aku suka tengok ayah senyum bila di abaca bahagian belakang surat khabar yang membicarakan isu berkaitan dengan sukan. Adalah tu berita pasal pasukan bola kegemaran dia. Lama juga aku teman ayah sehingga ayah habis minum kopi. Surat khabar diletak di atas meja. Aku perhatikan pergerakan surat khabar itu dan bila aku dongak mencari ayah, bayangan ayah sudah tiada. Surat khabar tadi turut hilang.

Perlahan-lahan aku bawa kaki aku ke bilik aku dan along. Sekarang ini masih dalam minggu peperiksaan. Ada beberapa benda yang aku musykil dan perlukan pertolongan along. Aku ketuk pintu bilik. Walaupun bilik ini bilik aku juga, along tidak suka orang masuk sesuka hati. Dia kata sekurang-kurang ketuk pintu sebelum masuk. Aku duduk di hadapan meja solek yang baru setahun lebih ayah beli. Barang-barang solek di atas meja kepunyaan along sebab along lebih gemar bersolek berbanding dengan aku. Selain lasak dan malas, bersolek bukan benda yang aku suka. Sangat-sangat berbeza dengan along yang lebih feminim dan rajin. Pernah juga lah aku bersolek. Itupun sebab along yang suruh dan dia sudi untuk solekkan aku. Memandangkan aku takde benda mustahak yang perlu dibuat jadi aku layankan aje permintaan along. Aku tenung cermin di hadapan. Ternampak along yang sedang tersenyum sambil memegang bedak dan berus. Dia suruh aku pejam mata. Perlahan-lahan aku dapat rasakan berus yang along pegang tadi menyentuh pipi aku. Terdengar dia cakap yang aku ni sebenarnya cantik kalau aku jaga penampilan. Aku hanya tersenyum mendengar pujian along. Along memang suka puji aku cantik. Seolah-olah adik dia ni adalah manusia paling cantik dalam dunia ni. Sapuan berus hilang. Aku buka mata dan along sudah pun tiada. Aku sapu muka namun tiada bekas bedak yang disapu di muka.


Aku pergi ke meja belajar yang kini sudah menjadi milik aku semenjak along melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beberapa buah buku teks dan buku nota yang berselerak di atas meja. Aku kemas buku-buku itu kerana bimbang along akan membebel. Siap. Kemas. Aku pandang frame gambar keluarga yang aku bingkaikan yang terletak di bahagian penjuru kiri meja belajar. Aku amati satu persatu gambar yang diambil beberapa bulan lepas semasa kami sekeluarga pergi bercuti di langkawi. Aku bawa frame ke katil dan baring tanpa mata sekalipun dilarikan dari memandang gambar. Perlahan-lahan air mata aku tumpah. Ayah. Ibu. Along. Angah. Haikal. Adik. Aku dakap frame itu kuat-kuat. Satu persatu nama panggilan aku sebut bila tiba-tiba air mata aku tumpah. Kenapa pergi dulu? Achik rindukan korang semua. Kenapa tinggalkan Achik sorang-sorang dekat sini? Kenapa tak ajak Achik ikut korang semua sekali? Sampai hati korang semua buat Achik macam ni. Achik dah takde sape-sape dah. Siapa lagi tempat untuk Achik bergantung? Kenapa seksa perasaan Achik? Tolong lah. Achik tak kuat ni. Kalau lah semalam Achik ikut korang semua pergi rumah mak uda. Achik takkan berada kat sini lagi sekarang ni. Mesti Achik dah bersama dengan korang semua kan di sana? Baru dua hari korang takde. Achik dah rindu separuh mati ni. Penat Achik menangis semalam. Banyak kali Achik pitam. Beribu-ribu kali Achik panggil nama korang semua tapi korang langsung tak balas. Korang hanya terbaring kaku kat situ masa Achik tengah cam mayat korang semua yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Sekali je Achik tolak ajakan korang untuk berjalan. Sekelip mata korang semua tinggalkan Achik seorang diri terkontang kanting di sini. Ibu. Achik rindukan belaian dan kata-kata semangat ibu. Achik tak kuat bu. Ayah. Kenapa kali ni ayah tak bagi apa yang Achik nak? Satu je Achik minta. Tolong lah balik. Achik rindukan ayah. Abang.. Haikal. Achik rinddu nak kena sakat dengan korang. Walaupun sebelum ni Achik mudah mengamuk kalau korang sakat Achik. Achik janji kalau korang balik, Achik takkan sesekali marahkan korang. Sakatlah Achik lagi. Achik nak tengok korang berdua ketawa bila Achik kena sakat dengan korang. Adik. Achik janji kalau adik balik Achik akan bagi adik tengok semua cerita yang adik suka. Achik takkan bergaduh berebut remorte dengan adik lagi lepas ni. Adik tengoklah TV puas-puas. Yang penting adik ada dekat sini. Along. along cantik sangat. Achik tahu Achik tak pernah puji along depan-depan. Tapi tolong lah bagi Achik peluang untuk Achik puji along. Achik teringin sangat nak tengok reaksi muka along bila dengar Achik puji along. Kenapa semua tak menyahut? Tolong lah cakap dengan Achik. Achik rindukan korang semua. Dan perlahan-lahan pandangan aku gelap.

Wednesday, October 14, 2015

obsesi

Certot ni aku buat masa aku acah-acah nak join contest FIXI. Mungkin aku belum cukup berbakat untuk buat cerita kot.

Dia tunjukkan satu status yang dimuatnaik oleh FIXI mengenai petandingan certotFixi kepada aku.

“Kenapa?”

“Okay hat ni aku mesti join”

“Bukan selalunya kau memang akan join ke?”

“Kali ni aku mesti boleh menang.”

“Kau ingat cerita kau best? Duhh~~”

“Tak cuba tak tahu. Duhh~~”

“Cuba buat sana. Nanti bagi aku baca.”

10 minit kemudian…

“Ha siap!”

“Bak sini! Emm… okay. Boleh lah. Dah boleh submit.”

“Kan aku dah kata cerita aku best.“

“Aku kata okay je. Takde pun aku cakap best.”

“Okay nak buat lagi.”

“Gila ke apa nak hantar banyak-banyak?”

“Hantar banyak-banyak chances untuk menang tinggi.”

“Yakin habis judgers nak pilih cerita kau.”

“Aku kasi depa pilihan banyak kan. Mesti ada yang sangkut”

Sejak aku bagi cadangan supaya dia masuk pertandingan certotFixi dulu, dia jadi macam ni. Bukan nak mengutuk kawan sendiri tapi cerita-cerita yang dia buat tu bukannya best pun. Dah banyak kali dia masuk pertandingan tu tapi tak pernah menang. Aku sebagai kawan ni tak sanggup nak hancurkan harapan seorang kawan yang bersungguh-sungguh perah otak cari idea untuk buat certot tu. Kalau jujur sangat nanti dia kecewa.

Petang tu aku tanya berapa banyak cerita yang dia submit kepada FIXI.

Dengan muka bangga dia jawab “5”.

Sunday, October 11, 2015

sudah dikata jangan kan??

Aku pernah tanya sepupu aku satu soalan, "Kalau kau nampak satu folder yang bernama 'DON'T OPEN IT', kau akan buka juga?"

"Mesti la aku nak buka."

"Kenapa? Dah sah-sah situ tulis jangan buka."

"Sebab... Bila orang kata 'takboleh', kita lagi rasa nak buka."

"Curiosity killed the cat."

Manusia ni penuh dengan perasaan curiosity terhadap sesuatu. Bila kita kata jangan, yang itulah yang dibuat. Walaupun sesetengah orang akan patuh dengan perasaan 'jangan' tu, perasaan ingin tahu kenapa dikata 'jangan' itu lebih menebal. 'Jangan' seseorang itu bersebab. Mereka lebih arif tentang sesuatu itu berbanding kita yang baru setahun jagung mengenali dunia. Banyak lagi kita tak tahu. Perasaan curiosity ini boleh jadi baik dan boleh jadi tak baik.  Baik curiosity nya bila kita abaikan perkataan 'jangan' dan cuba untuk explore makna di sebalik 'jangan' itu. Benda ini secara tak langsung mendedahkan kita apa hikmah atau kebukuran di sebalik tindakan kita  dalam masa yang sama membantu kita untuk lebih mengenali diri kita sendiri.  Tidak baiknya curiosity ini bila kita cuba untuk explore tapi kita tak mampu untuk mengawal diri kita lagi untuk berbuat sesuatu lagi selepas itu. Tidak mampu mengawal diri, sekiranya mampu mendatangkan faedah kepada kita takpe. Macam mana kalau kita tak dapat nak kawal diri kita tapi kita akan drag orang lain disekeliling kita sekali dan menyusahkan mereka? Whatever it is, experience is the best knowledge.


Saturday, September 26, 2015

Pergi

“Kau dah bangun ke belum?” aku hantar satu mesej kepada Firdaus ketika jam menunjukkan pukul 10 pagi. Aku periksa kembali telefon bimbit selepas mandi dan mengemas bilik untuk melihat kalau-kalau ada mesej daripada Firdaus, namun masih belum ada. Aku berkira-kira hendak menunggu sehingga dia membalas mesej atau terus serbu ke rumah dia. Aku syak Firdaus ni masih terbongkang atas katil lagi ni. Dasar pemalas nak bangun pagi. 

Hari sabtu adalah hari ke study. Sudah mejadi kebiasaan untuk aku dan Firdaus serta kawan-kawan yang lain (kalau ada) untuk belajar bersama. Kadang-kadang kami akan ke library. Saja.  Cuci mata tengok awek cun and the geng study di library. Aku yang bagi cadangan untuk tukar angin. Si Firdaus setuju sebab dia ada agenda lain. Ah aku pun lebih kurang sama je.

“Kau tak bangun lagi ke?” aku cuba menghantar satu lagi mesej.

Tiada balasan.

Ada sebab kenapa aku tak terus pergi ke rumah Firdaus dan menyebabkan aku berfikir lama. Mama dan papa Firdaus. Mesti mereka ada di rumah sekarang ini. Sah-sah la sekarang ini hujung minggu. Mustahil lah mereka pergi kerja. Namun memikirkan Firdaus tidak membalas mesej aku dari tadi aku rasa aku perlu pergi ke rumahnya dan mengejutnya dan meneruskan aktiviti yang biasanya kami lakukan bersama pada hujung minggu.

Aku pergi ke ruang tamu sambil menanti Firdaus membalas mesej aku. Butang alat kawalan jauh Astro aku tekan. Beberapa siaran ditukar. Ada filem cinta melayu. Drama aksi Hollywood. Namun masih belum dapat menghilangkan rasa bosan menunggu. Akhir sekali aku tekan angka 103. Siaran kartun terpapar di kaca TV yang aku tak rasa aku pernah menontonnya sebelum ini. Dah lama rasanya tak tengok cerita kartun waktu pagi hujung minggu macam ini. Aku biarkan siaran itu di pasang dan menuju ke dapur untuk membuat Milo ais. Susu dan milo di masukkan di dalam cawan. Aku duduk di kerusi menanti air untuk masak. Lempeng telur di atas meja mengingatkan aku kembali dengan peristiwa kira-kira lima tahun yang lalu ketika Firdaus masih kerap datang dan tidur di rumah aku.

Hari jumaat. Malam sebelum hari jadi aku. Firdaus, akak dan adik aku plan prank untuk kenakan aku. Kita orang memang suka kenakan antara satu sama lain. Hampir pukul 12 malam tiba-tiba Firdaus ajak lepak dekat luar. Aku dah dapat yang rasa ada sesuatu yang tak kena sebab tiba-tiba je dia ajak berbual di luar. Tambah-tambah pula dah nak dekat 12 malam. Tapi aku layankan je dengan perangai tiba-tiba aneh dia tu. Aku berdiri menghadap jalan bertentangan dengan dia. Masa tengah berborak entah macam mana tanah liat kecil yang aku ambil daripada adik yang aku sibuk mengentel dari siang tadi terjatuh. Aku cepat-cepat tunduk untuk ambil benda tu. Risau kalau-kalau lebih banyak tanah dan benda lain yang melekat pada tanah liat itu. Masa aku tengah tunduk tu tiba-tiba aku rasa ada air mercik kena aku dan bila aku bangun aku tengok Firdaus dah basah dan muka dia dipenuhi tepung.

Aku terkaku kejap. Tak tahu nak ketawa atau perlu rasa kesian tengok Firdaus yang dah macam kakak aku pakai bedak sejuk waktu malam sebelum tidur tapi kali ni versi 3-4 kali ganda tebal. Aku pusing belakang dan nampak sebelah tangan akak dan adik masing-masing pegang gayung dan satu plastik tepung manakala tangan sebelah lagi tutup mulut yang aku agak besar sangat terbuka sebab terlampau terkejut.

“Akak! Kenapa baling dekat Aqil?” Firdaus lap mukanya untuk membuang sedikit tepung basah yang menghalang pandangan matanya. “Adik pun.” Dia tambah lepas mata dia dah bersih dari tepung.

Aku yang pada mulanya tak pasti reaksi yang macam mana aku bagi tak tahan juga nak tergelak. Bergoyang-goyang jugalah bahu aku ni menahan gelak.

“Adik ikut akak je.” Kedua-dua tangannya di angkat.

Firdaus pandang akak meminta penjelasan.

“Akak tak expect dia akan tunduk.” Akak cuba bela diri sambil cuba menahan gelak.

“Eee muka abang Aqil macam hantu.” Selamba badak je adik cakap macam tu sebelum dia ketawa geli hati.

“Ini namanya… Senjata makan tuan.” Aku yang dari tadi menahan gelak terus gelakkan Firdaus sekuat dan sepuas hati mengingatkan prank tak jadi dia orang.

“Akak. Plan B.” Suara Firdaus perlahan tapi ada nada sinis.

Aku menekan perut sambil gelak seperti tiada tanda-tanda nak berhenti. Aku sibuk gelak sampai tak perasan dengan rancangan kedua mereka. Apa yang aku perasan tiba-tiba ada benda melekat pada badan baju aku dan sedikit di bahagian lengan dan tengkuk. Aku calit untuk melihat benda itu. Tepung dan telur. Kurang asam.

“Happy birthday, bruh” Giliran Firdaus pula yang ketawa dan tidak lama selepas itu akak baling tepung bercampur telur lagi ke arah aku. Tak sempat nak elak. Tapi kali ni Fridaus pun terkena sekali. Aku balas balik. Terkena sikit je. Adik awal-awal lagi dah lari masuk rumah. Main tipu. Lepas tu kami sambung baling. Suara akak paling nyaring. Perempuan menjerit sampai rasa berdengung telinga. Apa yang pasti ebelum kami masuk rumah memang setiap dari kami dah terkena dengan tepung bercampur telur.

Esoknya kami dapat takzkirah free daripada mak. Tak berhenti mak membebel. Katanya membazir baling-baling tepung. Benda itu kan untuk di makan. Telur pun, bukannya murah sangat sekarang ni. Bla bla bla. Akak dan Firdaus bagi pandangan tajam pada adik sebab mereka benar-benar yakin yang mereka dah hapuskan bukti kami baling-baling tepung semalam termasuk membasuh baju-baju kami sendiri semalam untuk elakkan dari dikesan. Tapi kalau sampai mak pun dah tahu ni tak lain tak bukan mulut adik yang mengkantoikan hal semalam.

Tak! Bunyi dari kettle membawa aku ke masa sekaran. Separuh air panas dimasukkan ke dalam cawan kacau. Tambah air masak lagi ke dalam cawan. Kacau. Rasa. Masukkan dalam plastik tambah ais. Macam beli kat kedai lah. Versi pekat.

‘Firdaus masih tak sedar.’ Ada suara berbisik dalam kepala aku.

Aku segera capai helmet dan beg sandang serta kunci motor bila teringat yang Firdaus masih di hospital dan tidak sedarkan diri. Patutlah Firdaus tak balas-balas mesej aku. Aku menyumpah diri sendiri sebab terlupa hal ini. Tak sabar rasanya nak beritahu yang aku dah dapat lesen aku semalam.

Katil Firdaus sudah pun kosong saat aku sampai di wad yang menempatkannya. Mesti dia dah discharged. Tapi kenapa dia tak beritahu aku. Dah lah jauh nak pergi sini. Membazir masa aku betul. 

Aku segera ke rumah Firdaus. Aku gunakan kunci pendua yang diberikan Firdaus. Kenapa dia bagi aku kunci pendua? Sebab dia tahu yang parents dia macam tak berapa nak gemar aku rapat dengan dia jadi aku boleh masuk ke dalam rumah dia dengan senyap tanpa diketahui oleh sesiapa pun kecuali mak yam, orang gaji di rumah tersebut yang menggantikan kerja mak aku dulu yang biasanya akan bukakan pintu belakang untuk membolehkan aku masuk. Dan benda ni sebenarnya bukannya baru lagi aku buat. Sejak tiga tahun lepas lebih spesifik.

Aku ketuk pintu tiga kali sebagai kata laluan. Aku tunggu beberapa saat sebelum mak yam membuka pintu. Mukanya terkejut. Aku letak jari dibibir sebagai isyarat untuk dia senyap tidak mengeluarkan apa-apa suara. Aku tahu aku tak sepatutnya berada di sini hari-hari begini terutamanya pada waktu-waktu begini. Aku menyelinap ke bilik Firdaus di tingkat atas.

Belum sempat aku nak membebel Firdaus sebab tak beritahu aku yang dia dah discharge, aku tengok biliknya kosong. Cadar pula masih elok. Tiada tanda-tanda orang baring. Aku periksa bilik air. Pun masih tiada orang. Aku jadi pelik bila tak nampak batang hidung dia. Aku syak parents dia dah tahu yang aku dan keluarga aku dah semakin rapat kembali dengan Firdaus. Itu yang dia cuba nak pisahkan kami lagi.  Aku tiba di rumah ketika mak sedang menyediakan makan tengah hari.

“Ammar dari mana tadi?” Lembut je dengar suara mak. Tapi masih belum mampu untuk sejukkan hati aku yang tengah panas ni.

Aku hanya berdiri di dapur memandang mak dengan muka tak puas hati. Geram dengan parents Firdaus.

“Kenapa ni?”

“Sakit hati.”

“Explain.” Aku hampir nak ketawa dengar mak tiba-tiba speaking tapi terbantut bila teringatkan parents Firdaus.

“Dah besar pun perangai masih macam budak-budak.”

Mak diam.

“Ammar geram lah mak. Mula-mula si Firdaus ni tak reti-reti nak balas mesej Ammar dari pagi tadi. Lepastu tadi bila teringat yang Firdaus masih di hospital, Ammar pergi lah hospital. Tengok-tengok dia takde. So, Ammar expect dia dah balik rumah. Tapi bila Ammar pergi rumah Firdaus tadi pun, dia masih takde. Ini tak lain tak bukan mesti parents Firdaus yang cuba jauh Firdaus dari kita semua lagi. Dengki sangat perangai. Padahal dah besar. Tapi perangai macam budak-budak.” Aku lepaskan segala yang terbuku di hati.

Raut wajah mak berubah. Mata dia berkata. Mesti mak pun sedih sebab kami terpisah dengan Firdaus lagi. Mak menghampiri dan terus memeluk aku. Ketat. Ada setitis air mata jatuh di bahu aku. “Ammar…” Suara mak tersekat-sekat.

Aku pula yang pelik melihat reaksi mak. “Kenapa ni mak? Rilex la. Nanti-nanti kita boleh jumpa Firdaus lagi.” Aku cuba sedapkan hati mak walaupun aku sendiri tak yakin bila lagi aku boleh jumpa dia.

“Ammar. Mak pun sedih. Tapi kita kena redha.”

Aku diam.

“Ammar tak ingat?”

“Apa yang Ammar kena ingat?”

“Firdaus… Daus dah takde.”

“Memanglah dia dah takde. Kan Ammar beritahu tadi parents dia dah bawa dia jauh dari kita.”

“Ammar! Tolong lah sedar.” Suara mak merayu. “Aqil… Firdaus dah takde. Aqil Firdaus dah meninggal!”

“Mak jangan main-main lah.” Suara aku sedikit meninggi. Bukan niat aku untuk kurang ajar. “Baru semalam Ammar nampak Firdaus dekat hospital.”

“Itu… itu hari terakhir kita semua nampak dia.” Suara mak sebak.

“Mak tipu!” Aku lepaskan pelukan mak. Aku capai telefon bimbit dan segera mendail nombor Firdaus. Aku yakin sejauh mana pun parents dia bawa dia pergi, Firdaus akan tetap bawa telefon bimbit dia. Aku tak percaya dengan apa yang mak cakap sebab itulah aku cuba menghubungi Firdaus. aku harap sangat dia akan angkat telefon ini. Dapat. Jadi, Firdaus tak matikan lagi telefon dia. Bunyi telefon Firdaus kedengaran dalam beg sandang aku. Aku keluarkan telefon dan tertera nama aku. Pada waktu itu kaki aku kaku seolah melekat di lantai tapi dalam masa yang sama lutut aku serasa longgar dan aku terjelopok jatuh. Melutut di lantai.

Mak menangis. Kali ini lebih kuat. “Daus dah takde.” Suaranya kedengaran merintih sebelum dia kembali memeluk aku.

Air mata aku tumpah bila mengingat kembali hakikat yang aku masih belum mampu untuk menerimanya. Memang benar Firdaus sudah tiada. Dia disahkan meninggal semalam. Meninggal disebabkan dendam seseorang yang sengaja ingin membunuhnya. Memang semalam adalah hari terakhir kami semua lihat dia. 

Telefon bimbit Firdaus aku gengam. Memang aku sengaja ambilnya sebagai satu-satunya barang kenangan milik dia. Sampai hati kau pergi tinggalkan kami semua macam ini Aqil Firdaus. Kau memang jahat. Kenapa tak bangun dulu untuk ucapkan selamat tinggal sebelum kau pergi. Kenapa kau biarkan kami semua rasa terkilan dan serba salah. Kenapa kau dera perasaan kami? Sekarang kau dah takde. Siapa lagi yang akan temankan aku lepas ni? Aku rindu nak dengar kau ketawa. Masa kita jumpa dalam mimpi semalam pun aku tak dengar pun kau ketawa. Belum satu hari, aku dah rindukan kau. Kenapa cepat sangat kau tinggalkan aku? Aku sayangkan kau. Tapi ini yang buat kan? Kenapa kau pergi dulu?

Sunday, June 7, 2015

saya, baca komik?

I do love read book. but somehow I couldn't or didn't know how to read a comic. weird isn't it? hahaha. Well basically, aku nak cerita pasal satu buku yang aku baru beli. Buku Fixi bertajuk Garis dimana ia merupakan gabungan lukis dan tulis which lebih banyak lukisan dalam tu, I think. At first I'm not really interested in buying this book sebab aku tahu buku ni ala2 komik which aku tak pandai baca. But somehow aku nak sangat beli buku ini as buku ni adalah salah sebuah buku LE keluaran FIXI. So I couldn't say no for not buying this book. at the end, yeah aku beli juga buku ni with another 2 FIXI's book. Buku tu, yeah banyak lukisan which cerita yang awal2 membuatkan aku blur + blank sebab tal boleh nak faham tapi aku cuba baca perlahan-lahan dan rasanya aku faham kot apa yang cuba disampaikan penulis + pelukis. It's totally fun to read that book because it took me only like 30 minutes to finish it up. *Rasa kelakar giler sebab aku cuba speaking tapi grammar ke laut. ah abaikan my grammar*.

Sunday, March 15, 2015

Malam

           Kali pertama Nadia datang ke sini untuk makan malam. Itu pun sebab rakan-rakan sepengajian yang bersunggh-sungguh mengajak dia. Dia jenis orang yang tak suka sangat berjalan terutamanya waktu malam. Sebelum masuk ke university dulu, kebanyakkan masa pada waktu malam di habiskan di rumah sahaja. Kebetulan dia dapat kerja sementara sementara menunggu panggilan kemasukan universiti peringkat ijazah sebagai kerani. Waktu kekrja pun ikut waktu pejabat. Jadi paling lambat dia balik pun mungkin pukul 7 malam. Waktu sebelah malam adalah waktu untuk berehat atau keluar ke mana-mana pusat membeli belah bersama keluarga.

       “Tempat tu best Dya. Ada ramai orang” - Farah

            “Murah. Makanan sedap.” - Ana

            “Rugi tak cuba” - Lin

Kata-kata pujukan yang kawan-kawan dia guna. Dia pernah terbaca pasal komunikasi persuasif. Komunikasi untuk memujuk orang. Memang itulah yang kawan-kawan dia buat untuk pujuk dia ikut sama makan di situ. Setelah beberapa kali dipujuk, dirayu dengan muka bajet comel, Nadia akhirnya bersetuju. Kesian pulak tengok kawan-kawan dia. Lagipun bukannya selalu dia dapat keluar. 

Usai makan malam, mereka berempat bergerak menuju ke pusat karaoke. Lin dan Ana masing-masing mempunyai lesen memandu manakala Nadia dan Farah hanya menjadi penumpang. Mereka tidak dapat membawa kenderaan kerana peraturan universiti sendiri yang melarang para pelajar tahun satu dari membawa kenderaan jadi mereka menggunakan perkhidmatan sewa kereta yang terdapat di univerisiti. Malam masih muda. Esok tiada kelas. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Macam-macam lagu yang mereka nyanyikan. Bersungguh-sungguh. Siap buat drama bagai dalam bilik tu semata-mata untuk menghayati lagu yang dipilih. Macam-macam. Nadia yang pada mulanya enggan menyanyi pun dipaksa menyanyi. Amboi dorang ni. Mula-mula pujuk aku lepas tu paksa. Dia hanya layankan sahaja.

Dua jam masa yang ditempah untuk mereka berempat akhirnya tamat. Kereta diparkir agak jauh. Malam minggu. Memang kawasan macam ini akan penuh dengan kereta. Kereta sahaja kerana manusia yang menandu kereta semuanya sedang bersuka ria. Ada di pusat karaoke. Ada di pub kecil berhadapan dengan pusat hiburan karaoke. kedai makan (agak jauh dari tempat mereka) dan tidak kurang juga ke rumah tumpangan yang terdapat disekitar. Bersama pasangan serta agenda masing-masing. Warga Bandar. Mungkin beginilah kot kehidupan mereka.

Mereka berempat menuju ke kereta. Jauh jugak mereka terpaksa berjalan sebelum sampai tiba di tempat letak kereta. Nadia mula perasan yang telefon bimbitnya tidak ada di dalam handbag. Kali terakhir dia pegang ketika di dalam bilik karaoke tadi. Smartphone pertama yang dia ada. Entah bila lagi dia akan dapat tukar yang baru. Dia terlampau sayangkan handphone nya lalu dia ambil keputusan untuk kembali ke pusat karaoke tadi. nasibnya masih baik kerana salah seorang pekerja di pusat karaoke itu terjumpa telefon bimbitnya lalu disimpan untuk dipulangkan kepadanya apabila berkesempatan.

Dia kembali menuju ke kereta namun ada sesuatu yang pelik ketika dia berjalan. Serasa dia tak pakai pun jalan ini semasa balik ke pusat karaoke tadi. jalan yang dilalui kini adalah sebuah lorong gelap yang hanya terdapat beberapa tiang lampu malam. Melihat kepada keadaan di lorong itu, dia dapat agak yang dia berada di lorong belakang rumah kedai. Suasana tiba-tiba bertukar sunyi. Tidak ada lagi bunyi kereta lalu lalang. Tidak ada suara sumbang manusia yang menayanyi dari pusat akraoke tadi. yang ada hanyalah bunyi cengkerik dan angin malam yang kadang-kadang menggigit kulit. Dia mula risau. Sudahlah sekarang kes jenayah semakin meningkat.

Baru bergerak beberapa langkah, pandangan tertacap pada satu lembaga yang berada beberapa ratus kaki dari tempatnaya berdiri. Lampu-lampu yang sedia malap kian malap dan akhirnya terpadam. Nadia mengecilkan matanya untuk meneliti lembaga tersebut. Bukan yang itu. Dia manusia. Lelaki. Badannya membelakangi Nadia.

“Arghhhhhhhh” suara orang menjerit memenuhi di segenap lorong. Kuat tapi pendek sebelum kembali sunyi. Nadia tidak pasti dari mana datangnya suara itu. Tapi bunyinya kedengaran agak nyaring.

Dia memberanikan diri menghampiri lelaki tersebut. Perlahan sahaja langkahnya. Bunyi hentakan kaki hampir tidak kedengaran. Kakinya terhenti sewaktu berada kira-kira 10 langkah dari lelaki misteri itu. Lelaki itu sedang mencangkung sambil menghisap darah seorang wanita yang sudah pucah lesi. Hampir kehabisan darah. Lelaki itu memalingkan wajahnya menghadap Nadia. Pandangannya tajam. Keadaan yang gelap gelita menyukarkan Nadia untuk melihat lelaki misteri itu dengan jelas. Hanya mata sahaja yang dapat dia lihat. Anak matanya berwarna kuning keemasan. Bulu matanya lentik. Keningnya nipis. Kulit wajahnya licin. Putih. Cantik. Ada lelehan darah di bawah bibirnya. Nadia telan air liur. Kakinya terasa melekat di lantai. Tidak mampu digerakkan. Mulutnya seakan terkunci. Tidak dapat bersuara.

Lelaki itu menghampiri Nadia perlahan-lahan. Nadia hanya pasrah apabila melihat mayat wanita yang terbaring tadi. mungkin selepas ini adalah giliran dia. Dia takut, tapi matanya masih memerhati lelaki misteri itu. Ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu. Ada satu rasa yang aneh meresap ke dalam badannya. Darahnya dirasakan menyerbu di kepala tetapi dia tidak pengsan. Aneh. Tangan dan kakinya terasa kebas kerana lama tidak digerakkan. Pandangannya berpinar. Tetapi hanya sekejap sebelum kembali normal.

Kepala lelaki misteri itu sudah begitu hampir dengan leher Nadia yang sudah terkaku. Menanti untuk lelaki itu menghisap darahnya. Mungkin dia akan mati malam ini. Nadia terkejut saat dia terdengar suara seseorang menjerit memanggilnya. Lelaki misteri itu berundur beberapa tapak. Tersenyum bersama pandangan yang lembut tetapi tegas sebelum beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Sesaat dapat Nadia rasakan seluruh anggota longgar. Segala rasa kebas hilang. Dia pandang sekeliling. Lampu jalan kembali terang. Cuma jalan serta suasana agak berlainan dari tadi. Diia mencari mayat perempuan tadi. Tiada. Hanya lopak  jalan sahaja. Nadia pusing meghadap lelaki yang semakin menghampirinya.

“Awak tak apa-apa?” lelaki yang pulangkan telefon bimbitnya tadi menegur.

Geleng. Nadia menoleh ke belakang sesaat. “Awak teman saya pergi kereta boleh?”

Lelaki itu hanya mengangguk.


‘Kumpulkan sebanyak mungkin’ Nadia senyum menampakkan dua batang taring yang terselindung tadi.

Monday, November 3, 2014

Peminat novel

Satu soalan nak tanya. Siapa dekat sini suka baca novel? Angkat tangan sikit. Hmmm. Aku taw tak ramai pun orang yang tengok blog aku. So aku assume yang bukak ni peminat novel laa ehh? Haha. Soalan kedua nak tanya. Korang suka baca novel genre apa? Cinta, thriller, mistik, adventure. Ada yang lain x yang aku tak tahu? Tlg listkan (for those yang baca belog aku ni laa)

Aku nak story sikit la pasal kisah aku dan minat baca novel ni. Honestly masa sekolah dulu aku tak minat pun baca novel serious. Cuma pernah beberapa kali laa aku baca novel sepanjang aku zaman sekolah dulu. Itu pun selain novel untuk komsas sekolah menengah. 

Aku ingat lagi novel pertama aku baca masa tu darjah enam. Aku pinjam novel lagenda budak setan tak silap. Buku yang pertama tu. Masa tu aku rasa novel dia sangatlah tebal. Aku baca sikit-sikit je tapi dekat seminggu jugak lah baru aku pulangkan kat owner dia. Hehe. Lama kan? Novel kedua aku pinjam orang rahsia hatiku. Novel ni sepupu pinjam daripada kawan dia. Disebabkan aku bosan dan ajet2 nak membuktikan aku baca lagi cepat dari sepupu aku, aku pun pinjam and bacalah buku tu. Tak delaa tebal mana pun buku tu tapi 3 hari jugaklah aku nak menghabiskan baca novel tu. Lambat! Haha

Lepas tu aku tak ingat aku ada pinjam novel orang lain lagi tak. Ohh yaa. Masa aku form 1 tak silap aku ada tengok cerita Harry Potter. Yang pertama tu. Masa tu main kat tv3. Kebetulan masa aku tengok tu kira baru jugaklah start. Part hagrid hantar Harry Potter kat station kereta api. Layan lah sampai habis dan aku rasa cerita tu sangat menarik. Tak lama selepas tu aku pun beli novel dia cuma aku beli yang dah di translate ke bahasa melayu la. Hehe. Aku sempat kumpul Harry Potter's collection sampai ke empat je. Lagi 3 tak mampu nak beli. Mahal gak weyh. Sekolah je kot dulu.

Lepas habis spm aku tak kerja. Penganggur terhormat baq hang. Haha. Suatu hari tu aku pergi pusat bandar dengan sepupu aku. Dia pun mencadangkan aku beli sebuah novel ni. Aku plak berkenan dengan novel fauziah ashaari (bisik-bisik gelora) novel yang sepupu aku suruh beli tu tajuk dia kau, aku, kita. Not bad. 
Motip utama dia suruh aku beli and baca is sebab dia malas nak baca. So kiranya dia suruh aku baca lepas tu cerita la dekat dia. Pandai kan dia tu? Saje nak bagi perabih duit aku. Tapi sejak dari situ lah aku jadi pengumpul novel yang tegar. Aku penganggur kot masa tu. Memang mintak duit mak jelaa nak membeli tu (jangan ikut perangai boros ni). Mostly novel yang aku beli for sure lah novel cinta. Dulu aku peminat tegar novel karya siti rosmizah. Cerita dia kalau part sedih memang menangis gak laa aku.

Dalam dua tahun novel aku semuanya ada lebih kurang dalam 60+ buah. Penghujung tahun 2013 sorang kawan aku memperkenalkan novel keluarkan fixi. Pernah dengar tak pasal buku fixi? I bet most of you pernah lah sebab sekarang dah makin diminati. Fixi, dubook, lejen press dan beberapa lagi penerbit yang seangkatan dengannya menerbitkan buku yang sesuai dibaca orang semua gender. Hahaha. Kenapa aku kata semua gender? Sebab tak semua lelaki minat novel genre cinta ni. Novel2 urban contemporary mcm ni memang akan jadi pilihan lelaki kalau dia nak baca novel. Selain bahasa yang sempoi, cerita dia kadang22 unexpected ending. So kalau nak taw gak cerita dia korang mesti kena baca sampai habis. Novel dia pulak bagi aku murah-murah. Tak tebal pun. Paling tebal yang aku jumpa so far is kelabu. Not sure berapa page. Dalam 600++ kot.

So sejak tu aku dah berhenti beli novel cinta aku continue buying novel urban contemporary tu sampai laa sekarang ni. Total novel fix yang aku ada dalam 40 buah. So kalau di campur dengan novel cinta tu adalah dalam 100++ novel aku. 

Walaupun ada sesetengah orang kata baca novel ni tak best or bosan or tak de paedah (ada ke orang kata mcm ni? Aku tak pernah jumpa plak. Haha) bagi aku dia sangat berguna. Kadang2 kita bukannya jenis yang suka sangat nak baca artikel bagai ni semua kan. So pada aku membaca novel is one of many ways untuk kau gain knowledge. Sometimes kau tak pernah terfikir kan benda tu pun or kau tak pernah tahu pun pasal sesuatu benda tu. Tapi bila kau baca novel, kau akan dapat dapat tahu. Walau macam mana banyak novel pun kau baca. Jangan lupa baca kalam Allah. Memang kau baca novel dapat knowledge. Tapi knowledge dalam buku Allah tu lagi luas. Jangan lah jadi macam aku yang terlampau taksub nak baca novel sampaikan tak baca kalam Allah. Kalau kau tengah berserabut sangat bacalah Al-Quran kerana ia sangat menenangkan. Lagipun kalau kau baca Al-quran akan dapat ganjaran pahala. Nampak tak betapa sayang nya Allah dekat kita. Baca kalam dia je kita dapat 2 benefit. 2 in 1. Ketenangan dan pahala. Seronok kan?

Walau apa jua perbuatan kita, ingatlah yang ianya semua perlu kembali kepadaNya. Jangan terlampau taksub dengan duniawi sehingga kita tinggalkan akhirat. Allah rindukan hambaNya. Kadang2 kita tak ingat pun pada Dia walaupun kita sedang dilanda masalah. Ingatlah yang Allah mahu hambaNya kembali dekat padaNya. Mengadu kepadNya. Janganlah kita bongkak dengan apa yang kita miliki sekarang kerana semuanya adalah milik Allah.